About Us

MyNegeri Marketing (MA0189409-P) ditubuhkan pada April 2014 dan sudah mendaftar dibawah suruhanjaya Syarikat (SSM). Kami bermula operasi di Shah Alam, Selangor. MyNegeri Marketing merupakan syarikat milik 100% bumiputera yang diuruskan oleh Puan Siti Huda binti Kamaruzaman. Kini MyNegeri Marketing beroperasi secara online untuk mengemaskinikan urusan syarikat dan meningkatkan lagi pengeluaran pakaian. MyNegeri Marketing berkembang pesat sehingga mampu mengeluarkan produk berasakan pakaian yang serba lengkap. Hal ini sekaligus memantapkan lagi pengurusan pengeluaran dan perkhidmatan pelanggan. Dalam era perniagaan yang amat mencabar kini, ‘MyNegeri Marketing’ sebuah syarikat berstatus ‘bumiputera’ sepenuhnya mampu memenuhi ketetapan masa penghantaran produk seperti dipersetujui dalam perjanjian dengan kualiti mengikut spesifikasi yang standard. Ini dapat dibuktikan dengan adanya barisan kepimpinan yang berpengalaman luas mengendalikan perniagaan bermula daripada bahagian pemasaran, rekabentuk grafik, pengeluaran dan seterusnya khidmat selepas penghantaran. Berbekalkan pengalaman dalam bidang merekabentuk dan pengeluaran pakaian, MyNegeri Marketing mampu menghasilkan pelbagai jenis pakaian seperti t-shirt, topi, ‘button badge, sticker kereta dan sebagainya. Sasaran jualan kami adalah kepada golongan remaja dan belia yang menginspirasikan semangat jati diri negeri masing-masing. Kami juga mengharapkan agar semangat jati diri ini supaya mampu membentuk perpaduan tidak mengira umur, status dan kaum dalam diri pelanggan-pelanggan kami. Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang islam di dalam bidang pengeluaran pakaian adalah antara sebab utama MyNegeri Marketing ditubuhkan. Oleh yang demikian MyNegeri Marketing ingin membuktikan bahawa golongan bumiputera dan orang islam juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigih dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, hasil kerja terbaik dari kami sudah semestinya akan membantu meningkatkan imej pelanggan-pelanggan kami di mata umum. Kami boleh dihubungi di : Nama jenama: mynegeri Email: mynegeri@gmail.com Twitter: mynegeri_ Instagram: mynegeri_marketing Contact person/Phone no: 0122326515